Friday 15 May 2009

We Were Dead Before The Ship Even Sank - Modest Mouse


We Were Dead Before The Ship Even Sank

Modest Mouse

Alternative Rock/Indie Rock

March 2007


Album ini merupakan studio album kelima dari band kelahiran Amerika Syarikat. Dimulakan dengan track yg berjudul March Into The Sea, album ini cukup utk menarik perhatian anda utk terus mendengar track yg seterusnya. lagu2 yg yg dimuatkan mempunyai feel yg tersendiri..

Modest Mouse mempertaruhkan beberapa single bg album ini, masing2 saya rasa amat berpuas hati bila mendengarnya. Antaranya Dashboard, Missed the Boat, We've got Everything, dan Little Motel.

Kekuatan vokal Isaac Brock agak mantap dalam album ini. Isaac membawa lagu mereka dengan baik sekali, diiringi dengan melodi yg cukup untuk membuatkan anda turut headbanging bersama. Track sepanjang 8minit 29 saat yg berjudul Spitting Venom adalah contoh yg boleh diberikan di sini. Keseluruhannya, amat berpuashati.. Album ini digarap dengan begitu baik sekali..

Track pilihan - Invisible

Rating - 4.25/5

A Brief Intro..

Salam permulaan..

Blog ini diwujudkan khas sebagai platform untuk peminat muzik rock tempatan mendapat review bagi band2 rock dari luar negara. Band2 yg direview akan dipilih secara rawak , bermula dari album yg diterbitkan pada tahun 2007. Band2 juga dipilih mengikut availability album2 mereka dipasaran.

Blog ini mungkin dapat membantu anda semua untuk menilai album2 sebelum anda membelinya/muat turun. Anda juga boleh request band2 yg anda mahu dgan menghantar komen kepada blog ini.

Sebarang komentar/cadangan sangat dialu2kan...
sekian..